Selasa, 24 Julai 2012

Drama: Inflakasta

(Hashim Yassin)
Sumber: Bahagian Pembangunan Kurikulum (KPM)
Sinopsis

Drama ini mengisahkan Dibisi dan Marhen yang kelaparan telah berkenalan secara kebetulan dalam suasana peperangan.  Mereka menceritakan latar belakang diri masing-masing.  Muncul Siti yang sasau mencari Inflakasta.  Siti menuduh Marhen dan Dibisi berperang menyebabkan anaknya hilang.  Mereka bertiga telah dikepung dan Kastabung cuba menangkap mereka.  Marhen cuba melawan tetapi dilarang oleh Dibisi.  Dibisi merayu supaya dilepaskan.  Kastabung dan Marhen bergelut tetapi dihalang oleh Taliba dan Siti.  Jakidan datang melaporkan keadaan kekuatan pasukan Kastabung.  Marhen dan Dibisi cuba mengingatkan Kastabung dan Jakidan tentang kesan dan akibat peperangan tetapi tidak diendahkan oleh mereka.  
            Marhen dan Dibisi bertengkar sehingga bergelut menarik perhatian Kastabung.  Taliba cuba menembak mereka tetapi senjata kuasa bahayanya dirampas oleh Siti.  Siti mengarahkan Kastabung supaya memberitahu konco-konconya agar beredar dari tempat itu.  Siti leka meluahkan perasaannya tentang peperangan sehingga ditembak oleh pengikut Kastabung.  Siti rebah, Marhen menyambar senjata kuasa bahaya daripada Siti.  Dibisi turut ditembak semasa memapah Siti.  Marhen yang geram melepaskan tembakan senjata kuasa bahaya mengakibatkan semua orang rebah.  Keadaan menjadi sunyi. 
 Muncul Infla dan Kasta mencari ibu mereka.  Mereka memapah Siti dari celah batu dan menyeru ibunya (Siti) bangun dari tidurnya.  Siti menasihati Infla dan Kasta supaya tabah menghadapi dugaan hidup serta mendoakan kesejahteraan mereka.
 
Pemikiran
Drama Inflakasta memaparkan pemikiran tentang kesan dan akibat daripada peperangan kepada manusia  dan kehidupan sejagat.

Persoalan

1.       Persoalan peperangan menyebabkan manusia menderita.
2.       Persoalan kanak-kanak dan wanita menjadi mangsa peperangan.
3.       Persoalan perjuangan untuk meneruskan kehidupan.
4.       Persoalan golongan yang mengambil kesempatan atas penderitaan orang lain.
5.       Persoalan kemusnahan alam sekitar.

Plot

Secara keseluruhannya,plot drama ini mengikut urutan kronologi.  Plot Inflakasta dapat dibahagikan kepada:

Permulaan
 Drama dimulakan dengan perkenalan Dibisi dan Marhen selepas berebut kotak kosong yang disangka berisi makanan.  Mereka menceritakan latar belakang diri masing-masing.

Perkembangan
 Pada bahagian ini,drama berkembang dengan kemunculan watak Siti yang mencari anaknya, Kastabung, Taliba dan Jakidan.

 Konflik
 Mereka mula bertengkar dan menyalahkan antara satu sama lain.  Dalam pergelutan Marhen dan Dibisi, Siti merampas senjata ‘kuasa bahaya’ daripada Taliba.
 
Klimaks
 Marhen melepaskan peluru senjata ‘kuasa bahaya’.  Keadaan menjadi sunyi.

 Peleraian
 Infla dan Kasta dapat bertemu dengan ibunya-Siti.

Teknik Penceritaan
  • Deskriptif(pemerian) – Teknik pemerian drama ini hanya terdapat dalam suara latar

Watak dan Perwatakan
Watak Utama

Marhen
 Ø  Nama penuhnya Marhen bin Daif. 
Ø  Seorang yang berwajah bengis,
Ø  Bermisai dan berjambang tidak menentu. 
Ø  Pakaiannya kehitaman dan kotor. 
Ø  Sebelum peperangan,dia seorang petani. 
Ø  Agresif/Berani. 
Ø  Kasar dari segi pertuturan.

Dibisi
Ø  Nama penuhnya Dibisi bin Elita. 
Ø  Seorang berwajah intelek dan bersopan. 
Ø  Pakaiannya carik dan kotor.
Ø  Masih memakai tali leher yang lusuh dan mengelek coat berdebu.
Ø  Kelihatan letih. 
Ø  Seorang pemimpin/ketua dalam negeri.
Ø  Bakal menjadi pengeluar utama besi waja di dunia.
Ø  Rasional. 
Ø  Tenang menghadapi situasi yang genting. 
Ø  Terbunuh semasa cuba menyelamatkan Siti.

Siti
Ø  Seorang ibu muda. 
Ø  Berpakaian gaun kebiruan yang lusuh dan carik-carik. 
Ø  Sasau kerana kehilangan anak. 
Ø  Pandai menyanyi. 
Ø  Berani dan juga bijak. 
Ø  Tidak suka akan peperangan. 
Ø  Penyayang - menasihati Infla dan Kasta.

Watak sampingan

Kastabung
 Ø  Diktator yang zalim. 
Ø  Berpakaian jubah(Dracula) dan memegang tongkat perakam. 
Ø  Ketua pasukan - mempunyai ramai pengikut.
 
Taliba
Ø  Pakaian ala robot.
Ø  Pertanda yang menjaga senjata ‘kuasa bahaya’. 
Ø  Simpati terhadap wanita.

 Infla dan Kasta (lelaki/perempuan)
 Ø  Berpakaian biasa yang lusuh. 
Ø  Anak-anak Siti. 
Ø  Sayang akan ibunya.

Latar
Masa
Ø  Suasana peperangan – siang sehingga malam.

 Tempat
 Ø  Gurun Gersang – runtuhan-runtuhan rumah batu.

Masyarakat
 Ø  Masyarakat yang berperang untuk meneruskan kehidupan.
 Ø  Masyarakat yang menggunakan kekuatan fizikal untuk menguasai orang lain.
 Ø  Masyarakat yang mementingkan kekuasaan dan kedudukan untuk menjamin kelangsungan hidup.
 Ø  Mangsa peperangan yang hidup menderita.

 Gaya Bahasa

Keseluruhannya drama ini menggunakan gaya bahasa yang mudah difahami.
1.     Ayat Seruan
Contoh : Hei!  Bongkak!
               Undur!  Aku bunuh semua.
2.     Sinkope
Contoh: Namaku Marhen
        Dalam perang tak ada jenaka tau?
3.     Repitasi
Contoh:  Lapar bersama, mati bersama.
        Tembak, tembak
4.     Peribahasa
Contoh: Padang jarak padang tekukur, tak kenal maka tak cinta.
5.     Lirik Lagu
Contoh:  Do-di-do-doi, dodoi di dodoi,
         Tidurlah anak di dalam buaian  
         (korus)
          Lailahaillah, Muhammadan Rasullulah (2x)
          Tidurlah anak, ibu dendangkan,
          Lekaslah besar bimbing negara. (m/s 164)
6.     Bahasa Asing
·         Bahasa Arab
      Contoh:  Syukur Alhamdullah.
·         Bahasa Inggeris
      Contoh: sorry, neck tie dan coat, exhausf, fragile, food
7.     Hiperbola
Contoh: Luahkan peluru itu.
8.     Simile
Contoh: Letupan bergegaran seperti halilintar.
9.     Personifikasi
Contoh: Cahaya ‘laser’ menjunam mencari sasaran.
10.  Perlambangan
       Contoh: Primitif dalam negeri kami.

Nilai
1.     Nilai kasih sayang
      Siti amat menyayangi anaknya Infla dan Kasta
2.     Nilai bertanggungjawab
      Infla dan Kasta membawa makanan untuk ibu mereka.
3.     Nilai Menghargai Persahabatan.
Persahabatan antara Dibisi dan Marhen terjalin semasa mereka mencari makanan.
4.     Nilai bekerjasama
Dibisi dan Marhen bekerjasama mencari makanan kerana kelaparan.

Pengajaran
1.     Kita hendaklah mengelak daripada peperangan kerana akan menyebabkan hidup manusia menderita.
2.     Kita janganlah membelakangkan orang tua.
3.     Kita mestilah  taat dan setia kepada pemimpin.
4.     Kita mestilah  bijak dalam membuat keputusan.

7 ulasan:

  1. trima ksih ckgu amin ,,klau ckgu amin tdk mwujudkn blog ini psti krja sye lmbt siap n mnyushkan ..jdi ,,dngn blog yg ckgu amin wujudkn ini mmudhkn sye untuk mnyiapkn krje sye .. :D

    BalasPadam
  2. mekacih cikgu amin , kerja komsas saya dah siap :v , wkwkwkwk

    BalasPadam
  3. terima kasih cikgu!! saya sayang cikgu!!!! kalau cikgu tak buat blog nie konpom saya takleh siapkan homework skrang nie

    BalasPadam
  4. Terima kasih cikgu Amin. Very usefull

    BalasPadam
  5. Saya suka blog ini kerana ia memberi maklumat dengan kebih mendalam.

    BalasPadam
  6. Mencari tunjang sang penulis..sempat ketemu hanya 7 tahun

    BalasPadam