Jumaat, 28 Januari 2011

Kasut Kelopak Jantung

SINOPSIS

  • Pemberian hadiah sempena hari guru oleh muridnya mengingatkan Cikgu Harun kepada peristiwa yang berlaku hampir 3 dekad yang lalu ketika beliau bertugas di pedalaman.
  • Ahmad merupakan seorang pelajar miskin yang tinggal bersama-sama ibunya. Kemiskinannya menyebabkan dia tidak mampu membeli kasut dan terpaksa berkaki ayam ke sekolah.
  • Cikgu Harun selalu menegur Ahmad setiap kali bermula sesi pembelajaran.
  • Amarah Cikgu Harun tidak tertahan lagi apabila Ahmad tidak menukar pakaian sukan waktu bersenam. Beliau telah mendenda Ahmad dengan memaksa Ahmad memakai kelopak jantung pisang sebagai kasut.
  • Ahmad tidak dibenarkan membukanya sehingga dia membeli kasut yang baru.
  • Ahmad berasa amat malu. Dia tidak hadir ke sekolah selama seminggu. Perkara ini membimbangkan Cikgu Harun.
  • Cikgu Harun telah pergi ke rumah Ahmad dan beliau terkejut apabila melihat Ahmad belum membuka kasut daripada kelopak jantung pisang itu kerana tidak mampu membeli kasut baru.
  • Cikgu Harun berasa sangat sedih dan beliau telah membelikan Ahmad kasut dan pakaian baharu untuk ke sekolah.
  • Akhirnya Ahmad berjaya menjadi pengurus besar di sebuah syarikat pengeluar kasut terkemuka di bandar.

TEMA

  • Ketabahan seorang pelajar miskin dalam menghadapi dugaan hidup.

PERSOALAN:-

  • Patuh akan arahan guru.
  • Sanggup berkorban untuk kejayaan orang lain.
  • Bertimbang rasa dalam setiap tindakan.
  • Bertanggungjawab terhadap perlakuan yang dilakukan.
  • Sentiasa mengenang budi.
Disalin daripada Cikgu Azemi's Blog

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catat Ulasan