Ahad, 17 April 2011

Sajak "Jangan"

Maksud

Rangkap 1 : Penyajak tidak mahu anaknya dibawa pergi kerana dia amat menyayangi anaknya yang merupakan permata hatinya.Anak itu bukan sahaja menjadi pengubat luka dan penghibur hatinya yang duka malahan turut menjadi satu-satunya pujaan hatinya.

Rangkap 2 : Penyajak berharap agar anaknya tidak dilarikan kerana dia tidak boleh berpisah dengan anaknya.Anaknya itu merupakan mata hatinya dan jika mereka terpisah, dia akan berasa sedih dan pilu.Walaupun cinta seorang ayah terhadap anaknya mungkin lebih daripada cinta seorang ibu terhadap anaknya, penyajak berharap agar hubungannya dengan anaknya tidak dipisahkan.

Rangkap 3 : Penyajak berharap agar anaknya tidak dibawa pergi.Dia akan mencari anaknya walau di mana sahaja anaknya dibawa pergi.


Tema

Kasih Sayang – Kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya sehingga tidak mahu berpisah dengan anaknya.

Persoalan

1. Kesan perpisahan – Perpisahan antara anak dengan ibu akan membawa kesan yang mendalam kepada seorang ibu.

2. Hubungan anak dengan ibu – Hubungan seorang ibu dengan anaknya begitu erat sehingga tidak boleh dipisahkan dengan sewenang-wenangnya.Bagi seorang ibu,anak ialah permata hati.

3. Kepentingan seorang anak – Bagi seorang ibu, kehadiran anak amat berharga dan tiada galang gantinya.

Nilai

1. Kasih sayang – Kasih sayang antara ibu dengan anak sehingga tidak rela berpisah dengan anaknya dan akan mencari anaknya jika anaknya itu dibawa pergi.

2. Pengorbanan – Pengorbanan seorang ibu terhadap anaknya.Ibu sanggup bersusah-payah jika terjadi sesuatu perkara terhadap anaknya.

Pengajaran

1. Kita tidak boleh memisahkan kasih sayang antara seorang ibu dengan anaknya kerana seorang ibu itu pasti akan bersedih sekiranya kehilangan anak yang disayanginya.Tindakan memisahkan seorang anak daripada ibunya juga merupakan tindakan yang tidak berperikemanusiaan .

2. Ibu bapa sangat menyayangi anak-anak dan mereka sanggup berkorban apa sahaja demi kebahagiaan anak-anak.

3. Setiap ahli keluarga perlu saling menyayangi untuk membentuk keluarga yang bahagia dan harmoni.

4 ulasan:

  1. bukan kasih sayang seorang ayah ker ?? sebab dia ade ckp cintanya mungkin lebih daripada seorang ibu kepada anknya.

    BalasPadam
  2. not kasih sayang kepada yah ker ?...confuse =='

    BalasPadam
  3. Gaya bahasa dengan bentuk ada tak? Kasih sayang ayah ke ibu? Nilai dan pengajaran tu ada kenapa 2-3 je, bukan kena ada 5 ke? =='

    BalasPadam