Isnin, 23 Julai 2012

Anak Penggunting Rambut

SINOPSIS :

Cerpen ini mengisahkan seorang ayah, Mat Gunting yang terpaksa memikul beban membesarkan anak perempuan bernama Manisah (nama timang-timangan Manis) setelah kematian isterinya. Mereka tinggal di Kampung Batu 25, Bagan Datoh, Perak. Pak Mat sering memanjakan Manis dengan memberikannya wang saku sekolah mengikut keperluan serta menyediakan pelbagai keperluan untuknya. Rambut manis dipotong pendek seakan rambut kanak-kanak lelaki. Hal itu menyebabkan Manis selalu menjadi bahan ejekkan rakan-rakan sekolahnya hingga dia memasuki sekolah menengah. Kerjaya ayahnya juga sering ditertawakan orang sejak dia bersekolah di TADIKA lagi. Bagi Pak Mat, tujuannya berbuat demikian kerana Manis selalu pening dan pitam. Bagaimanapun Manis tidak pernah ambil kisah dan sentiasa menyanjung tinggi pekerjaan ayahnya. Bagaimanapun ketika di melanjutkan pelajaran di Kuala Lumpur Manis jatuh sakit dan disahkan mengidap lukemia. Rambutnya gugur hingga gampir botak. Dia meninggal dipangkuan ayahnya.

TEMA :

Cerpen itu bertemakan kekeluargaan. Pengarang memperlihatkan kepentingan kasih sayang dalam menjaga keharmonia keluarga. Dalam cerpen itu, pengarang menonjolkan watak Manis (Manisah), anak perempuan tunggal yang sangat kasih dan sayang akan ayahnya (Pak Mat Gunting). Abahnya selalu menggunting dan menjaga kebajikan Manis tanpa menyedari anaknya itu mengidap lukemia.



PERSOALAN
1. Persoalan berdikari untuk meneruskan kehidupan.
Contoh: Ayah meneruskan kehidupan menjaga Manisah setelah kematian isterinya.
2. Persoalan prihatin dengan masalah.anak.
Contoh: Ayah menambah wang saku anaknya setelah wang saku yang diberi tidak
mencukupi untuk perbelanjaan harian di sekolah.
3. Persoalan menerima takdir Tuhan dengan tabah dan tenang.
Contoh: Ayah dan anak-anaknya redha menerima kematian Manisah akibat penyakit
Leukemia.
4. Persoalan mementingkan ilmu pengetahuan sebagai penyuluh hidup.
Contoh: Manisah sanggup meninggalkan keluarga di kampung untuk menyambung
pelajaran di bandar.

BINAAN PLOT
Permulaan
Pengarang memulakan cerita dengan memperkenalkan watak ayah sebagai tukang gunting yang dikagumi oleh anak perempuannya, Manis. Pekerjaan ayah sebagai tukang gunting bermula dengan kerja sampingan tetapi akhirnya menjadi tersohor di Bagan Datoh. Manis pula menjadi pelanggan ayahnya dengan gaya guntingan rambut pendek.
Perkembangan
Manis berbangga dengan kerjaya ayahnya, sebagai tukang gunting walaupun diketawakan oleh kawan-kawannya. Kesetiaan Manis menemani ayahnya waktu bergunting rambut telah dikagumi oleh ayahnya. Manis mempunyai prinsip untuk mempertahankan rambut pendeknya walaupun sudah bersekolah menengah dan ditegur oleh warden asramanya.Setelah melanjutkan pelajarannya di peringkat universiti, Manis tidak pulang ke kampungnya dan hanya sekadar menelefon ayahnya sahaja.

Klimaks
Manis disahkan menghidap penyakit leukemia oleh doktor. Dia hanya boleh hidup selama beberapa bulan sahaja. Ayah tersentuh hatinya apabila menerima perkhabaran itu

Peleraian
Penyakit leukemia Manis bertambah parah. Manis akhirnya meninggal dunia. Ayah menerima suratan takdir Allah dengan mengenang kembali makna sehelai rambut Manis yang gugur akibat penyakit leukemia.

WATAK DAN PERWATAKAN
Ayah
· Sudah berusia lewat 60-an.
· Seorang bapa tunggal.
· Rajin bekerja untuk menyara keluarganya.
· Tabah menjalankan tugasnya sebagai tukang gunting.
· Memiliki bakat dan kepandaian menggunting rambut.
· Hidup menduda setelah kematian isteri.

Manisah (Manis)
· Memiliki raut wajah yang comel.
· Berpendirian tegas dan sanggup menghadapi risiko.
· Berusaha dengan bersungguh-sungguh dalam bidang pelajaran.
· Rajin membantu orang lain.
· Gemar berambut pendek.

LATAR
Masa
· Petang – Ayah menanam rambut Manis di dalam satu lubang kecil selepas kematian Manis.
· Subuh – waktu Manis meninggal dunia kerana penyakit leukemia.
· Waktu siang – waktu ayah bekerja di ladang, di kedai gunting rambut, dan Manis pergi ke sekolah.

Tempat
· Kampung Batu 25, Bagan Datoh – kampung asal ayah sebelum berpindah ke tanah rancangan FELDA.
· Tanah rancangan FELDA – tempat ayah merantau untuk mencari penghidupan yang lebih baik.
· Tadika – Manis dan kumpulannya mengambil bahagian dalam acara membawa bakul kacang di atas kepala dan memenangi acara tersebut.
· Asrama – Manis tinggal di asrama semasa bersekolah menengah.
· Hospital – tempat Manis dirawat kerana penyakit leukemia.

Masyarakat
· Masyarakat yang mementingkan sikap berdikari untuk kelangsungan hidup.
Contoh: Ayah yang berdikari mendidik anak-anaknya setelah kematian isterinya.
· Masyarakat peneroka FELDA yang dapat mengusahakan kerja sampingan.
Contoh: Ayah menjadi peneroka dan meninggalkan kampung halamannya.
· Masyarakat yang berani mempertahankan risiko.
Contoh: Ayah mempertahankan tindakannya memotong rambut Manisah hingga pendek walaupun dikritik orang kampung.
· Masyarakat yang menerima takdir Tuhan dengan tabah
Contoh: Ayah dan abang menerima takdir kematian Manisah dengan redha.

GAYA BAHASA
1. Sinkope
Contoh: Kau degil tetapi cepat menangis.
2. Kata Ganda
Contoh: Sampah-sarap, rakan-rakan, awal-awal,
3. Simile
Contoh: Seperti Busut Hitam
4. Personifikasi
Contoh: Jari-jemari abah ini seperti menari-nari sendiri

NILAI
1. Nilai keberanian.
Contoh: Manisah berani berambut pendek walaupun telah dipanggil dan ditegur oleh
guru.
2. Nilai berdikari
Contoh: Ayah berdikari dalam mendidik anak-anak selepas kematian isterinya.
3. Nilai semangat bermasyarakat
Contoh: Ayah sanggup meneruskan kerja menggunting rambut kepada peneroka dan
anak peneroka walaupun bayarannya rendah.
4. Nilai kasih sayang
Contoh: Ayah sangat menyayangi Manisah sejak dari kecil hingga dewasa.
5. Nilai kerajinan
Contoh: Ayah rajin bekerja di ladang dan juga sebagai tukang gunting rambut pada
sebelah petangnya. Manisah juga rajin menolong ayahnya membersihkan tempat
menggunting rambut.

PENGAJARAN
1. Kita hendaklah menerima ketentuan Allah
Ayah menerima ketentuan Allah yang mengambil nyawa isterinya dan juga nyawa
anaknya Manisah lebih awal.
2. Kita hendaklah mendidik anak dengan sempurna.
Ayah mendidik anak-anaknya dengan baik walaupun tanpa isteri yang telah meninggal dunia.
3. Kita hendaklah bersangka baik terhadap jiran.
Orang kampung memahami mengapa ayah memotong rambut Manisah hingga pendek.
4. Kita hendaklah rajin belajar walaupun berjauhan dengan keluarga.
Manisah rajin belajar sehingga masuk universiti walaupun berjauhan dengan
keluarganya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan