Selasa, 8 Februari 2011

Nilai Dalam Novel Hikmah

-Bertanggungjawab.Contohnya,ibu Amri menjalankan tanggungjawab seorang ibu dengan penyediaan makan tengah hari dan wang saku untuk persekolahan anaknya

-Berani.Contohnya,Sapura berani melaporkan tindakan Amri membuli murid-murid lain kepada guru disiplin

-Amanah.Contohnya,Sapura bersikap amanah dengan tugas yang telah diberikan kepadanya

-Baik Hati.Contohnya,Sapura dan keluarganya sanggup membantu Amri dan ibunya dengan membawa mereka ke hospital

-Simpati.Contohnya,Sapura bersimpati dengan nasib yang menimpa Amri dan ibunya

-Tabah.Contohnya,emak Amri tabah menghadapi sikap suaminya yang sering meminta wang dan memukulnya

-Kasih Sayang.Contohnya,kasih saying yang ditunjukkan oleh Amri apabila dia mengambilkan air untuk ibunya yang baru pulang dari kedai

-Tolong-menolong.Contohnya,keluarga Sapura membawa ibu Amri mendapatkan rawatan di hospital

-Berterima Kasih.Contohnya,Amri mengucapkan terima kasih kepada Sapura kerana menolongnya yang berada dalam kesusahan

Rujukan: Bahasa Malaysia Tingkatan 1: Sasbadi Sdn. Bhd

Tiada ulasan:

Catat Komen