Kapal
milik Raja Anggun Cik Tunggal bernama Dendang Panjang sedang berlabuh.
Tiba-tiba sebuah lancang kuning berlabuh betul-betul di hadapannya. Bujang
Selamat bertanya kepada pemilik lancang kuning mengapa berlabuh secara melulu.
Si Kembang Cina yang berada dalam lancang kuning dengan beraninya menerangkan hajat
nakhodanya.
Raja
Anggun Cik Tunggal yang tercabar dengan kelancangan Si Kembang Cina telah
mengisytiharkan perang terhadap kebiadaban nakhoda lancang kuning iaitu Nakhoda
Ragam. Berlakulah tembak menembak di
antara Raja Anggun Cik Tunggal dengan Nakhoda Ragam (Tuan Puteri). Dalam
insiden itu, Tuan Puteri nyaris-nyaris terkorban akibat tembakan Raja Anggun
Cik Tunggal yang langsung tidak usul periksa.
Dalam keadaan yang terdesak itu, Tuan Puteri menyalin pakaiannya dan
menunjukkan identitinya yang sebenar iaitu Tuan Puteri Gondan Ganariah iaitu
tunangan Raja Anggun Cik Tunggal. Hal ini menyebabkan Raja Anggun Cik Tunggal
tekejut dan malu lalu lari ke biliknya sambil berselubung.
Tunangannya, Tuan Puteri Gondan
Gandariah pun menyatakan rasa terkilannya atas tindakan Raja Anggun Cik Tunggal
tadi. Baginda merajuk dan berasa seperti dirinya telah dilupakan Raja Anggun
Cik Tunggal. Berlakulah pujuk-memujuk yang akhirnya melembutkan hati Tuan Puteri.
Tuan Puteri kemudiannya meminta kebenaran untuk belayar pulang. Setelah tiga hari tiga malam, kapal
Seludang Mayang berlabuh di pelabuhan
negeri Tiku Benua lalu disambut dengan bedilan meriam. Sesampai di istana, Tuan
Puteri menyembah salam dan menyampaikan perkhabaran kepada ayahandanya,Raja
Laksamana tentang pertemuannya dengan Raja Anggun Cik Tunggal.
Tema :
Sikap
terburu-buru dan tidak usul periksa yang membawa salah faham. Dalam hal ini,
Raja Anggun Cik Tunggal berperang dengan tunangnya, Tuan Puteri Gondan Ganariah
kerana tidak tahu kapal lancing kuning itu milik tunangnya.
Persoalan :
=
1. Persoalan
perasaan kasih sayang sesama manusia.
Tuan Puteri yang
sanggup belayar untuk bertemu dengan tunangannya, Raja Anggun Cik Tunggal.
2. Persoalan
keberanian menegakkan keadilan.
Tuan
Puteri yang membalas serangan Raja Anggun Cik Tunggal.
3.
Persoalan keperluan memujuk setelah melakukan
kesilapan dalam sesuatu tindakan.
Raja Anggun Cik Tunggal memujuk Tuan Puteri
Gondan Ganariah setelah menyedari kesilapannya yang menyerang lancang kuning
milik tunangannya.
Watak dan Perwatakan :
Watak
Utama
Raja
Anggun Cik Tunggal
- Terburu-buru dalam tindakan kerana menyerang kapal Nakhoda Ragam tanpa soal siasat yang mendalam.
- Pandai memujuk orang lain. Baginda memujuk tunangnya,Tuan Puteri Gondan Gandariah yang jauh hati akibat insiden membedil yang hampir meragut nyawa.
- Begitu sayang akan Tuan Puteri Gondan Ganariah.
- Tunangan kepada Tuan Puteri Gondan Ganariah.
Watak Sampingan
Tuan
Puteri Gondan Gandariah
- Nakhoda lancang kuning yang dibedil.
- Menggunakan beberapa nama lain seperti Tuan Puteri Nakhoda Ragam.
- Berani kerana sanggup bertembak-tembakan dengan Raja Anggun Cik Tunggal dan hampir terkorban.
- Puteri kepada Raja Laksamana.
- Baginda merupakan tunangan kepada Raja Anggun Cik Tunggal.
- Bijak menggunakan senjata walaupun seorang wanita, buktinya dia melepaskan tembakan yang hampir mengenai Raja Anggun Cik Tunggal.
- Seorang yang mudah jauh hati atau merajuk.
- Bersifat lembut hati dan mudah dipujuk walaupun telah melalui insiden yang berbahaya.
Raja Laksamana
- Ayahanda kepada Tuan Puteri Gondan Gandariah.
- Pemerintah negeri Tiku Benua.
Si Kembang Cina
- Orang suruhan dalam kapal Seludang Mayang milik Tuan Puteri Gondan Gandariah.
- Yakin, buktinya menjawab tujuan lancing kuning milik nakhodanya dengan berani kepada Bujang Selamat.
Latar :
Latar Tempat
Ø Di
atas kapal Dendang Panjang.
Di sini Raja Anggun Cik
Tunggal bergurau dengan Tuan Puteri Intan Dikarang. Di sini juga berlaku peristiwa tembak
menembak yang membuta tuli dan hampir-hampir meragut nyawa Raja Anggun Cik
Tunggal dan Tuan Puteri Gondan Gandariah.
Ø Di
atas kapal Seludang Mayang.
Kapal ini milik Tuan Puteri
Gondan Gandariah. Di sini berlakunya peristiwa tembak menembak yang hampir
mengorbankan Tuan Puteri Gondan Gandariah.
Ø Di
pelabuhan.
Di situlah kapal
Dendang Panjang dan Seludang Mayang berlabuh secara bertentangan.
Ø Negeri
Tiku Benua.
Merupakan negeri asal
Tuan Puteri Gondan Gandariah. Rajanya bernama Raja Laksamana. Lancang kuning
Seludang Mayang belayar menuju ke negeri ini selepas Tuan Puteri Gondan
Gandariah berjaya dipujuk oleh Raja
Anggun Cik Tunggal.
Ø Negeri
Bandan.
Negeri ini merupakan
tempat yang ingin ditujui oleh kapal Seludang Mayang milik Tuan Puteri Gondan
Gandariah.
Latar
Masa
Ø Tiga
hari tiga malam.
Tempoh masa ini
diambil oleh Seludang Mayang untuk belayar balik ke negeri Tiku Benua.
Latar
Masyarakat
Ø Latar
masyarakatnya mementingkan budi bahasa.
Sebagai contoh, Bujang
Selamat bertanyakan pemilik lancang kuning mengapa berlabuh secara bertentangan
dengan kapal Dendang Panjang.
Ø Latar
masyarakat yang memiliki keberanian.
Si Kembang Cina
berani menjawab panggilan Bujang Selamat walaupun dia seorang wanita.
Ø Latar
masyarakatnya yang terlalu mudah dicabar.
Raja Anggun Cik Tunggal
mudah tercabar apabila Si Kembang Cina sambil bercekak pinggang berani menjawab
pertanyaan Bujang Selamat.
Ø Latar
masyarakatnya yang pandai memujuk.
Raja Anggun Cik Tunggal
memujuk Tuan Puteri Gondan Gandariah yang jauh hati selepas kejadian
tembak-menembak. Baginda berupaya meyakinkan Tuan Puteri Agar tidak meragukan
kasih sayangnya.
Ø Latar
masyarakatnya yang kurang usul periksa.
Hal ini
ditunjukkan oleh sikap Raja Anggun Cik Tunggal yang terus saja menyerang
Seludang Mayang dengan tidak usul periksa apakah niat dan tujuannya berlabuh di
hadapan Dendang Panjang miliknya.
Ø Latar
masyarakat yang tidak mahu beralah.
Hal ini
berlaku kepada Raja Anggun Cik Tunggal yang langsung tidak mahu beralah dalam
peristiwa tembak-menembak walaupun dengan tunangannya sendiri.
Gaya Bahasa :
1. Bahasa
istana
Patik, murka, peraduannya,
beta
2. Simile
Bagai ikan di luar belat
3. Peribahasa
Rendah diri
4. Bahasa
Arab
Allah, Insya-Allah
5. Kata
ganda
Panji-panji, berbalas-balas
6. Inversi
Gembiranya hati Tuan Puteri
Nilai :
1. Nilai
kasih sayang
Sebagai contoh Raja
Anggun Cik Tunggal memujuk Tuan Puteri Gondan Gandariah kerana baginda
sayangkan tunangnya itu walaupun berlaku salah faham dan tembak-menembak
sebelum itu.
2. Nilai
kepatuhan
Bujang Selamat patuh
pada arahan Raja Anggun Cik Tunggal supaya memeriksa kapal yang berlabuh di
hadapan kapal mereka.
3. Nilai
berani
Hal ini ditunjukkan
oleh Si Kembang Cina yang sambil bercekak pinggang membalas pertanyaan Bujang
Selamat yang dianggapnya mencabar.
4. NIlai
ketabahan
Contoh, Tuan Puteri
Gondan Gandariah tetap tabah berhadapan dengan Raja Anggun Cik Tunggal walaupun
nyaris terkorban.
Pengajaran :
1.
Kita
hendaklah memeriksa sesuatu perkara dengan teliti sebelum mengambil tindakan.
2.
Kita
hendaklah banyak bersabar.
3.
Kita
mestilah patuh kepada perintah ketua.
4. Kita
perlulah meningkatkan budi bahasa dalam komunikasi supaya tidak menimbulkan
salah faham.
5.
Kita
hendaklah menyedari kesilapan dengan memohon maaf.
Thanks.. ᵔᴥᵔ
BalasPadamWatak perwatakan Bujang Selamat tak de ke?
BalasPadamUseful...
BalasPadamThanks to you..
(^°^)
Useful...
BalasPadamThanks to you..
(^°^)
Sangat membantu
BalasPadamSangat membantu
BalasPadamHIKAYAT NI KELAKAR SIKIT ..DAH MALU PI MENYOROK PULA..
BalasPadamAnggun Cik Tunggal ni orangnya tak setia. Dia berkahwin dengan tuan Puteri Kaca Bertuang dan tuan Puteri Intan Dikarang. Dia juga nyaris berkahwin dengan Tuan Puteri Gondan Gandariah sebelum akhirnya disumpah menjadi Siamang Putih dan melarikan diri ke Gunung Ledang.
BalasPadamMaksud penulis disebalik cerita ini ialah sikap Anggun Cik Tunggal yang tak setia (pada yang satu) dan tak amanah (kerana melanggar janji). Selain itu dia juga tak menyesali kesilapan yang pernah dilakukan. Dia pernah disumpah menjadi siamang sewaktu bernikah dengan tuan Puteri Kaca Bertuang namun sempat diselamatkan.