Ahad, 17 April 2011

Sajak "Kian Kita Lupa"

Maksud

Rangkap 1:Manusia semakin melupakan asal usulnya dan kesusahan bangsanya sendiri apabila diulit dalam kemewahan.

Rangkap 2:Manusia semakin melupakan penderitaan generasi terdahulu apabila _riak dan berbangga memenuhi dada pada zaman moden ini.

Rangkap 3: Manusia sentiasa lupa azab yang bakal diterima di akhirat(alam baqa) apabila menyalahgunakan pemberian Tuhan dalam alam _fana ini.

Rangkap 4:Manusia hanya akan beringat-ingat apabila sudah menyesal atas keterlanjurannya. Pada waktu itu, kegembiraan sudah
menjadi kesedihan dan kebahagiaan sudah menjadi penderitaan.


Tema

Sikap lupa akan Tuhan dan jasa generasi terdahulu apabila mengecap kesenangan hidup.


Persoalan

1. Kekayaan yang mengabui mata manusia

2. Kebanggaan diri sehingga melupakan jasa generasi terdahulu

3. Nikmat hidup dilalui sehingga melupakan azab keseksaan di neraka

4. Penyesalan yang terlewat

5. kekesalan hidup akibat perbuatan diri

6. Kesalahan sikap dan bicara(tutur kata) yang menyusahkan diri

7. Sikap manusia yang hanya mengingati Tuhan semasa berada dalam kesusahan


Nilai

1. mengenang jasa: Manusia semakin lupa bangsa sendiri apabila dirinya kaya dengan harta benda

2. mengenang budi: Manusia diminta menghargai budi generasi terdahulu daripada hanya berperasaan bangga diri

3. patuh akan ajaran agama: Manusia diingatkan supaya menjada kelakuan diri daripada terlanjur dan menyesal.

4. hemah tinggi: Pengarang meminta manusia menjaga maruah diri supaya tidak menjadi lupa daratan.

5. _keserdehanaan: Pengarang menasihati manusia supaya hidup dalam kesederhanaan walaupun kaya kerana merendah diri adalah lebih baik daripada bangga diri.

6. _keinsafan_: Penyajak meminta manusia insaf akan kesalahan sebelum terlewat supaya tidak mengalami kesediha dan penderitaan.


Pengajaran

1. Kita mestilah mengingati kaum keluarga dan bangsa serta asal usul

2. Kita haruslah _mengenang jasa generasi terdahulu kerana tanpa mereka siapalah kita.

3. Kita wajarlah mengingati setiap ajaran agama supaya tidak merasai _bahang api neraka.

4. Kita patutlah menjaga tingkah laku kita supaya maruah diri terpelihara.

5. Kita mestilah insaf akan kesalahan sebelum terlambat.

6. Janganlah kita bangga akan kemewahan diri sehingga bersikap lupa diri.

7. Janganlah kita menyalahgunakan kurnia yang diberikan-Nya.

8. Janganlah kita lupa bahawa masa yang berlalu tidak akan kembali lagi

1 ulasan: