DENDAM
( Shariza A Rahman )
Sumber: Bahagian Pembangunan Kurikulum ( KPM )
Sinopsis:
Cerpen
'Dendam' ini mengisahkan hubungan kekeluargaan antara kakak, adik, ibu
dan ayah. Kakak dengan gelarannya Along amat membenci adiknya Angah yang
mengoyakkan buku latihan Fizik yang baru dibelinya. Sebelum itu adiknya
pernah menconteng buku latihan Kimia dan Geografi sehingga didenda oleh
gurunya Puan Maria. Along sangat berang dan marah dengan adiknya Angah
sehingga sanggup menampar pipi adiknya. Selain itu, Along juga menolak
adik sehingga terjatuh. Ketika Angah ingin mengadu kepada ibunya Along
menjeling menyebabkan Angah tidak sempat untuk mengadu.
Ketika
selesai makan malam ayah mengamuk kerana kertas kerjanya telah
dikoyakkan oleh adik. Ayah memarahi Along kerana tidak menjaga adiknya
dan melarang dari memasuki bilik bacaan ayah. Along cuba mempertahankan
diri mengatakan itu perbuatan Angah. Ibu tetap memarahi Along walaupun
pelbagai alasan yang diberikan sehingga ibu melabelkan Along biadap.
Ayah hanya mendiamkan diri ketika ibu dan Along berhujah. Along cuba
memasang perangkap untuk mengenakan adiknya.
Satu
lagi peristiwa yang menyebabkan kemarahan ibu meluap-luap apabila
rantai pusaka keturunannya putus. Ibu menuduh Along yang menyebabkan
rantai itu putus tapi Along menafikannya. Along menuduh Angah yang
menyebabkan rantai itu putus. Angah yang sering mengoyakkan kertas kerja
ayah dan kemungkinan Angah juga yang memutuskan rantai ibu. Ayah
mengamuk dan merotan Angah dengan menggunakan tali pinggang. Teriakan
dan raungan Angah bergema di seluruh rumah.
Along
kesian mendengar raungan Angah kerana Along sendiri tidak pernah
dipukul sebegitu. Sepanjang hari Along tidak mendengar suara tawa nakal
Angah. Apabila malam larut Along memasuki kamar Angah yang sedang lena
tidur. Along menyelak baju kurung Angah dan kelihatan garis-garis merah
dan biru kesan daripada pukulan menggunakan tali pinggang oleh ayah.
Along kesian dan sedih melihat keadaan Angah. Akhirnya Angah mengatakan
bahawa dia menyimpan rahsia orang yang memutuskan rantai ibu. Along
memeluk Angah kerana rasa terharu dan meyedari kasih sayang antara adik
beradik.
Tema:
Konflik
kekeluargaan merenggangkan hubungan kekeluargaan. Hubungan Along,
Angah, ibu dan abah renggang kerana sedikit pertentangan. Along marah
kepada abah dan ibu kerana sering menyebelahi Angah.
Persoalan:
1. Persoalan hubungan kekeluargaan.
- Contoh: Hubungan yang ditunjukkan oleh watak-watak di dalam cerpen ini terutama ketika makan. Mereka sekeluarga selalu makan bersama-sama.
2. Persoalan kebencian kepada adik.
- Contoh: Along sangat membenci adiknya yang sering menconteng dan mengoyakkan buku latihan sehingga dimarahi gurunya.
3. Persoalan kasih sayang.
- Contoh: Pada akhir cerita Along dan Angah saling berpelukan menandakan kasih sayang antara kedua beradik tersebut.
Plot:
Permulaan
Cerpen
ini dimulakan dengan Along marah apabila buku latihan Fiziknya yang
baru dibeli semalam terconteng dan terkoyak oleh Angah adiknya. Sewaktu
pulang bercuti dulu buku kerja Kimia menjadi mangsa. Along terpaksa
mengorek tabung Arnab untuk membeli buku teks Geografi tetapi telah
dikoyak dan diconteng oleh Angah. Along memarahi Angah kerana
perbuatannya dengan menampar pipi adiknya hingga terjatuh di atas sofa
lalu menangis.
Perkembangan
Semasa
hidangan makan malam ayah merungut dan memarahi Along kerana membiarkan
Angah masuk ke bilik bacaan ayah dan merenyuk dan mengoyakkan kertas
kerja Ayah. Kemarahan ayah begitu lahap oleh api dendam yang membara.
Along cuba untuk membela diri dengan mengatakan bukan dia yang
melakukannya. Along juga merungut kerana setiap kesalahan adik akan
ditanggung olehnya. Along memohon agar ayah dan ibu bersikap adil
padanya. Ayah dan ibu tetap memarahi Along, kerana dia adalah kakak.
Along juga melawan kata-kata ayah dan ibunya. Ibu mengatakan Along
biadap kerana melawan cakap orang tua. Manakala ayah membisu mendengar
pembelaan daripada Along. Kemuncak kemarahan, Along menghalau adiknya
dari ruang tamu.
Klimaks
Klimaks
cerpen ini apabila rantai mutiara ibu putus. Ibu mengamuk kerana
terlalu menyayangi rantai pusaka turun temurun itu. Ayah cuba
menenangkan ibu untuk membetulkan semula rantai yang putus tetapi tidak
dihiraukan oleh ibu. Along tidak mengaku memutuskan rantai ibu dan
menuduh Angah yang memutuskannya. Angah disebatkan dengan tali pinggang
oleh ayah.
Peleraian
Along
memasuki kamar Angah dan simpati terhadap adiknya. Angah menyelak baju
kurung dan kelihatan garis-garis merah dan biru kesan daripada sebatan
tali pinggang ayah. Along memohon kemaafan daripada Angah dan mereka
berpelukan. Akhirnya Along sedar adiknya memerlukan kasih sayang dan
perhatian.
Teknik Penceritaan:
1. Dialog.
Contoh:
- "Nak jadi samseng! Senang-senang koyakkan buku Along."
- "Angah cuma tengok saja ..."
2. Imbas kembali.
Contoh: Along teringatkan kisah adiknya mengoyakkan buku Geografi dan Kimianya pada cuti yang lalu.
3. Monolog dalaman.
Contoh: Oh Tuhan! Kejamkah aku? Adilkah aku terhadap Angah?
Watak dan Perwatakan:
Along
- cepat meradang terutama kepada adiknya
- sering memarahi adiknya yang melakukan kesalahan
- membenci adiknya kerana sering melakukan kesalahan
- pernah disekat wang saku perbelanjaannya ke sekolah gara-gara perbuatan adiknya yang mengoyakkan wang ayahnya
Angah
- gelaran Hantu Kecil yang diberikan oleh Along
- berwajah comel
- suka mengoyakkan kertas, buku, dan majalah
- wajahnya pucat apabila dimarahi
- buah hati ibu
Abah
- seorang yang tegas
- memukul adik dengan tali pinggang
Emak
- suka menyebelahi adik
- mempercayai telekan bidan mengatakan Angah membawa tuah
- bersikap garang dengan Along
Latar:
Masa
1. Malam.
- Contoh: Selesai menikmati hidangan malam. Kedengaran ayah merunggut-runggut marah akan sesuatu.
2. Tengah hari.
- Contoh: Tengah hari, petang berterusan hingga malam, hatiku kosong tanpa suara tawa nakal Angah.
Tempat
1. Ruang tamu
- Contoh: Along memarahi dan menampar adiknya kerana mengoyakkan buku latihannya.
2. Di rumah.
- Contoh: Keseluruhan peristiwa berlaku di rumah.
3. Di meja makan
- Contoh: Ayah merunggut-runggut marah akan sesuatu selepas selesai makan malam.
4. Di katil
- Contoh: Along menyedari kesilapannya dan memohon maaf kepada Angah.
Masyarakat
1. Masyarakat Pelajar.
- Contoh: Dapat dilihat pada watak Along yang bercuti dari asrama. Juga buku latihan sekolahnya diconteng dan dikoyakkan oleh adik.
2. Masyarakat Guru.
- Contoh: Dahulu, Puan Maria, Guru Kimia yang mengajar Along mendenda Along kerana buku latihannya dikoyakkan oleh adik.
3. Masyarakat Pengamal Undang-Undang.
- Contoh: Ayah mereka bekerja sebagai Hakim. Along meminta ayahnya supaya adil dalam menjatuhkan hukuman kepadanya.
Gaya Bahasa:
1. Sinkope
- Contoh: Ah, sakit hatiku melihat senyumannya. ( Singkatan kata ku ) Dan tanpa kusedari, tanganku ringan saja menyinggahi pipinya itu.
2. Kata Ganda
- Contoh: Selesai menikmati hidangan malam. Kedengaran ayah merunggut-runggut marah akan sesuatu.
3. Peribahasa
- Contoh: Berat sebelah, tebal muka, managih kasih.
4. Metafora
- Contoh: Penjuru hatiku, api dendam, keluhanku bertaburan, putik-putik dendam.
Personifikasi
- Contoh: Hatiku dijurus lahar beracun.
Antomomisia ( memperlihatkan sifat seseorang )
- Contoh: Hantu Kecil
Totologi ( Perulangan untuk penegasan )
- Contoh: Benci. Aku benci
Nilai:
1. Nilai kasih sayang
- Contoh: Baru aku sedar sekarang aku ada seorang adik yang memerlukan kasih sayang dan perhatianku.
2. Nilai berdikari
- Contoh: Along berdikari dengan membeli sendiri buku Geografinya yang dikoyakkan oleh Angah dengan menggunakan wang simpanan tabungnya.
3. Nilai hemah tinggi
- Contoh: Walaupun dalam api kemarahan, Along masih menggunakan kata-kata yang baik untuk tidak bersetuju dengan pendapat ibu dan ayahnya.
4. Nilai hormat-menghormati
- Contoh: Angah amat menghormati kakaknya walaupun dibenci dan ditampar oleh kakaknya.
5. Nilai kesyukuran
- Contoh: Along bersyukur kerana sedar daripada kesilapannya yang amat membenci adiknya sehingga sanggup menampar pipi adiknya.
Pengajaran:
- Kita harus bersabar dengan kerenah adik kita. Contoh: Apabila malam semakin larut, aku memasuki kamar Angah, sunyi. Hatiku dilanda resah. Perlahan-lahan aku menghampiri Angah yang sedang lena di katil comelnya.
- Kita janganlah mempercayai tilikan. Contoh: Syah dan ibu seakan percaya akan tilikan bidan yang membidankan kelahiran Angah. Aku sungguh hairan melihat ayah dan ibu masuk dalam golongan intelek, masih percaya kepada tilikan yang mengatakan Angah akan membawa tuah kepada keluarga.
- Kita janganlah memperbesar perkara-perkara yang kecil. Contoh: Perkara macam itu pun engkau besar-besarkan. Angah bukankah adik engkau.
- Kita hendaklah mempunyai sikap sayang menyayangi antara ahli keluarga. Contoh: Aku mengangguk sambil memeluk dan mencium pipi Angah. Buat kali pertama ini aku memeluk dan mengucupinya.
- Kita hendaklah memaafkan kesalahan orang terhadap kita. Contoh: Along dan Angah saling bermaafan antara satu sama lain.
Minta izin nak copy yaa ^^ Thank you
BalasPadamCopy. Thanks x
BalasPadammohon copy,..cikgu.
BalasPadamizin rangkum ya, Thx!
BalasPadammohhon copy..cikgu.
BalasPadamlol lol lol lol
BalasPadammita izin copy ye
BalasPadammita izin copy ye
BalasPadammita izin copy ye
BalasPadamcikgu,,,,,plot tu...mesti kena tulis ke??
BalasPadamcikgu,,,,,plot tu...mesti kena tulis ke??
BalasPadamTerima kasih.. Hebat
BalasPadam