Isnin, 23 Julai 2012

Cerpen: Gema Sepi Gadis Genius

(AZMAH NORDIN)
Sumber: Bahagian Pembangunan Kurikulum (KPM)
 Sinopsis

 Basirah merenung berbelas-belas komputer di Makmal Perdana. Namun tiadapun daripadanya berjudul program ‘antibusut’. Dalam keadaan fikirannya yang sedang kusut, Basirah terkenang akan kakaknya, Hanani semasa mereka masih kecil lagi, semasa Hanani di tadika sehinggalah Basirah melanjutkan pengajian dalam bidang Sains Komputer. Banyak perbezaan antara mereka berdua.
           
            Selain itu, Basirah juga teringat akan ayahnya yang sentiasa sibuk. Basirah menjalani  praktikal  dengan menduduki jawatan timbalan pengurus makmal sistem komputer Makmal Perdana. Seperti kebiasaan, Basirah tercabar dengan masalah ‘busut’ yang dilonggokkan oleh pengurus makmalnya. Basirah bersemuka dengan teman-temannya, para timbalan pengurus. Basirah membentangkan masalah busut. Namun, dia dikritik. Ada ketikanya Basirah berasa sebak tetapi dia tidak akan menganggap kritikan sebagai jemputan untuk bertinju, sebaliknya sebagai satu alternatif.

            Oleh itulah, dia telah membuka buku log untuk merekod penceroboh. Basirah terkejut apabila penceroboh menyelongkar segala-galanya yang berkaitan dengan ketenteraan. Oleh itu, Basirah telah membawa masalah tersebut kepada teman sejawatnya. Basirah menganggap penceroboh tersalah sasaran. Sasaran penceroboh untuk menembusi  saluran internet di Makmal Perdana Kebangsaan Labuan atau MPKL.  Di sini berlaku  perbezaan pendapat antara Basirah dengan  rakannya.  Akhirnya Basirah membuat ujikaji dengan menggunakan alat osiloskop bagi menentukan jarak antara makmal dengan penceroboh. Lamunan Basirah terhenti apabila pintu yang terkuak berbunyi. Beberapa remaja tersembul di muka pintu makmal. Kakaknya datang membawa kek dan mengucapkan selamat hari jadi. Basirah cukup terharu. 

            Selepas itu, sekali lagi, osiloskop dipasang untuk mengesan gema pangilan dari luar. Ketika mereka sibuk mengesan gema, tiba-tiba penceroboh membuat panggilan di komputer-komputer makmal. Belum sempat dia memberi amaran agar berwaspada terhadap penyelia khususnya, penceroboh sudah lenyap dari skrin komputernya. Hanani  yang ada pada ketika itu menyarankan menggunakan umpan untuk menembusi tembok penceroboh. Hanani tersipu malu. Basirah menghubungi pensyarahnya tentang perkembangan terbaru. Selang beberapa minit, umpan mengena.

            Basirah telah menerima ucapan tahniah atas kejayaan  menyekat penceroboh. Akhirnya, Basirah menyaksikan impian untuk masa depan yang tidak pernah diimpikan selama ini menjadi kenyataan yang indah.

Tema

Kepintaran seorang remaja dalam menangani masalah pengguna jahil (hacker) komputer.


Persoalan

1.    Persoalan kepintaran remaja dalam usia muda boleh menangani masalah penceroboh komputer.
Contohnya:   Basirah dapat menangkap penceroboh yang menyelusup sistem di makmal.
 2.    Persoalan kebolehpercayaan majikan untuk menerima remaja bekerja dalam bidang berkemahiran tinggi.
 3.    Contoh:  Hari pertama dia dihantar menjalani praktikal oleh pusat pengajian tinggi.
 4.    Persoalan kasih sayang antara adik beradik yang berbeza dari segi kepintaran. Contohnya:   Hanani dan Basirah berbeza dari segi kepintaran iaitu Basirah mahir dalam bidang komputer manakala Hanani mahir dalam bidang kesenian dan kesasteraan.

 Plot

Permulaan
Basirah merenung berbelas-belas komputer di Makmal Perdana. Namun tiadapun daripadanya berjudul program ‘antibusut’. Dalam keadan fikirannya yang sedang kusut, Basirah terkenang akan kakaknya, Hanani semasa mereka masih kecil lagi, semasa Hanani di tadika sehinggalah Basirah melanjutkan pengajian dalam bidang Sains Komputer. Banyak perbezaan antara mereka berdua. Selain itu, Basirah juga teringat akan ayahnya yang sentiasa sibuk.

Perkembangan
Basirah menjalani  praktikal  dengan menduduki jawatan timbalan pengurus makmal sistem komputer Makmal Perdana. Seperti kebiasaan, Basirah tercabar dengan masalah ‘busut’ yang dilonggokkan oleh pengurus makmalnya. Basirah bersemuka dengan teman-temannya, para timbalan pengurus. Basirah membentangkan masalah busut. Namun, dia dikritik. Ada ketikanya Basirah berasa sebak tetapi dia tidak akan menganggap kritikan sebagai jemputan untuk betinju, sebaliknya sebagai satu alternatif. Oleh itu, dia telah membuka buku log untuk merekod penceroboh.

Klimaks
Basirah terkejut apabila penceroboh menyelongkar segala-galanya yang berkaitan dengan ketenteraan. Oleh itu, Basirah telah membawa masalah tersebut kepada teman sejawatnya. Basirah menganggap penceroboh tersalah sasaran. Sasaran penceroboh untuk menembusi  saluran internet di Makmal Perdana Kebangsaan Labuan atau MPKL. Di sini berlaku  perbezaan pendapat antara Basirah dengan  rakannya.  Akhirnya Basirah membuat ujikaji dengan menggunakan alat osiloskop bagi menentukan jarak antara makmal dengan penceroboh. Dengan bantuan pensyarahnya, kakaknya, iaitu Hanani dan rakan-rakan Hanani, mereka berjaya mengesan penceroboh tersebut.

 Peleraian
Basirah telah menerima ucapan tahniah atas kejayaan  menyekat penceroboh.  Akhirnya, Basirah menyaksikan impian untuk masa depan yang tidak pernah diimpikan selama ini menjadi kenyataan yang indah.

Teknik penceritaan

1.  Deskriptif (pemerian)
     Contoh: Dia teringatkan ayahnya yang datang dan pergi macam angin, meninggalkan mereka di bawah jagaan pembantu rumah (m/s 4)
2.  Monolog dalaman- Baiklah! Bisik hatinya, juga tegas. Dia terfikirkan sesuatu (m/s 10)
3.  Imbas kembali 
Contoh:  Seingatnya, sewaktu Hanani baru menjejaki tadika biasa dulu, Basirah sudah pun lulus peperiksaan untuk memasuki sekolah kanak-kanak pintar yang terletak di pinggir bandar meninggalkan mereka di bawah jagaan pembantu rumah  (m/s 4).
 4.  Imbas muka
     Contoh:  Hanani terus menghadapi masa hadapan dengan tenang dan tabah (m/s 17)

Watak dan Perwatakan
1.      Watak utama
        Basirah
Ø  Anak kepada seorang ahli perniagaan dan  berusia 14 tahun.
Ø  Anak kedua daripada dua beradik, kakaknya bernama Hanani.
Ø  Siswi dalam jurusan Sains Komputer.
Ø  Diterima membuat amali di Makmal Perdana di pusat bandar Kota Kinabalu.
Ø  Seorang yang pintar dalam bidang komputer.

2.      Watak sampingan
        Hanani
Ø  Anak sulung kepada ahli  perniagaan dan baru berusia 16 tahun.
Ø  Kakak kepada Basirah.
Ø  Seorang yang lincah dan kreatif.
Ø  Suka mengambil berat akan adiknya.
Ø  Mempunyai ramai kawan.
Ø  Seorang yang suka kegiatan rekreasi.

Latar

Masa  
Ø  Siang – Basirah menjalani latihan amali di makmal sistem komputer di Makmal
        Perdana
Ø  Malam – Hanani berbual-bual dengan Basirah di rumah
Ø  Hari minggu – Basirah terpaksa menyelesaikan kerjanya yang banyak di
       makmal sistem komputer, Makmal  Perdana

Tempat     
Ø  Makmal sistem komputer di Makmal Perdana – tempat Basirah menjalani latihan
        amali  tahun akhir jurusan Sains Komputer
Ø  Pusat bandar Kota Kinabalu – tempat letaknya Makmal Perdana
Ø  Sekolah kanak-kanak pintar – tempat Basirah belajar semasa zaman kanak-
        kanak
Ø  Institusi pengajian tinggi di Semenanjung – tempat Basirah belajar sebagai siswi
        jurusan Sains Komputer

Masyarakat
Ø  Masyarakat yang celik komputer – Basirah, pekerja di makmal sistem komputer, Makmal  Perdana, dan rakan-rakan Hanani mahir menggunakan komputer
Ø  Masyarakat  terpelajar – Basirah merupakan sisiwi tahun akhir jurusan Sains Komputer di sebuah institusi pengajian tinggi
Ø  Masyarakat remaja yang gemar akan aktiviti rekreasi – Hanani dan rakan-rakannya mengikuti aktiviti rekreasi seperti berdiskusi sastera di pantai, berkayak, dan mendaki gunung

 Gaya Bahasa

1.    Metafora  
      Contoh: Meniti buih di jeram (m/s 3), mata fikir (m/s 2)
 2.    Diksi         
      Bahasa Inggeris -  hyperintelligent (m/s2), the exterminator (m/s 8)
      Bahasa IT  -  Sotware (m/s 1), user (m/s 1), hacker (m/s 2)
      Istilah Sains -  Osiloskop (m/s 11)
 3.    Hiperbola
      Contoh: Menggunung secara halimunan juga (m/s 9)
  4.    Sinkope    
      Contoh: Dah (Sudah), Kak (Kakak)
 5.    Simplok    
      Contoh: Dipuji macam bidadari
      Contoh: Draikan macam puteri (m/s 16)
 6.    Perlambangan
      Contoh: Busut

Nilai
1.    Nilai kasih sayang
      Kakaknya menatang sebuah kek yang comel ke dalam makmal sempena hari jadi  
      Basirah yang ke-14.
 2.    Nilai berusaha
      Basirah telah berusaha menyekat penceroboh komputer sehingga telah berjaya.
 3.    Nilai bertanggungjawab
      Basirah bertanggungjawab terhadap tugas yang diberikan kepadanya.

 Pengajaran
1.      Kita hendaklah mempunyai perasaan kasih sayang antara adik beradik walaupun mempunyai tahap kepintaran yang tidak sama.
2.      Kita hendaklah berusaha sedaya upaya apabila melakukan sesuatu pekerjaan.
3.      Kita hendaklah bertanggungjawab atas apa yang diberikan kepada kita.

6 ulasan: