Rangkap  |    Maksud  |   
1  |    Berharap agar rakan sudi membantunya lagi.  |   
2  |    Orang yang banyak bercakap   selalu bercakap bohong.  |   
3  |    Berharap agar rakan membalas surat yang diterima.  |   
4  |    Orang yang malas berusaha   sudah pasti tidak akan berjaya.  |   
5  |    Orang yang bijak mudah   memahami sesuatu perkara.  |   
6  |    Manusia mesti   bertanggungjawab terhadap segala sesuatu yang telah dilakukannya.  |   
7  |    Orang yang terakhir mestilah berkemas.  |   
8  |    Jika kita menginginkan sesuatu, kita mestilah berusaha untuk   mendapatkannya.  |   
9  |    Penipu dan pencuri   dipandang hina dalam masyarakat.  |   
10  |    Setelah dimarahi, barulah   tahu membawa diri.  |   
Tema : Amalan yang baik dalam hidup.
Persoalan: a) Orang yang rajin berusaha akan hidup selesa sementara orang yang malas
          berusaha akan hidup susah.
     b) Orang yang banyak bercakap cenderung untuk bercakap bohong.
     c) Golongan pencuri dan penipu dibenci oleh masyarakat.
Nilai : a) Kasih sayang – berusaha mengekalkan persahabatan.
           b) Kerajinan – berusaha bersungguh-sungguh untuk berjaya.
           c) Berani – bersedia untuk memikul tanggungjawab.
Pengajaran : a) Kita hendaklah berfikir terlebih dahulu sebelum berkata-kata supaya apa-apa
             yang diucapkan benar dan bernas.
         b) Kita hendaklah membalas budi orang yang telah berbudi kepada kita,
             contohnya membalas surat yang telah dikirimkan kepada kita.
         c) Kita tidak boleh bercakap bohong dan mencuri kerana perbuatan ini akan
             memalukan diri sendiri, keluarga dan perbuatan ini juga dibenci oleh
             masyarakat.