Selasa, 17 Mei 2011

Sajak "Diari Lama"

Maksud

Rangkap 1: Pejuangan para pejuang dahulu amat hebat hingga menumpahkan darah.

Rangkap 2: Penyajak menyatakan rasa cinta pada negara dan menyaksikan sambutan ulang tahun kemerdekaan dengan rasa bangga. Penyajak mengharapkan negara akan makmur sampai bila- bila.

Tema

Semangat nasionalisme dalam jiwa rakyat Malaysia .

Persoalan

Perjuangan tokoh pejuang dahulu untuk menegakkan kemerdekaan Negara amat disanjungi.

Rasa bangga menjadi anak Malaysia yang merdeka.

Banyak pengorbanan yang diperlukan dalam menuntut kemerdekaan .

Nilai

Pengorbanan.Contohnya,para pejuang terdahulu sanggup berkorban jiwa raga untuk mendapatkan kemerdekaan negara.

Pejuangan.Contohnya,para pejuang berjuang sungguh-sungguh ketika menuntut kemerdekaan.

Cinta pada negara.Contohnya,penyajak menyatakan rasa cintanya pada negara.

Gigih.Contohnya,para pejuang gigih dalam perjuagan mereka.

Mengenang jasa.Contohnya,penyajak mengenang jasa para pejuang kemerdekaan.

Pengajaran

Kita haruslah berjuang dengan bersungguh-sungguh demi kedaulatan negara.

Janganlah kita lupa akan jasa dan perjuangan orang terdahulu yang membawa Malaysia ke arah negara merdeka.

Kita seharusnya berasa bangga dan bertuah kerana dilahirkan di negara yang sudah mencapai kemerdekaan,aman,dan makmur.

Kesedaran terhadap erti kemerdekaan sebenar penting disemat dalam jiwa anak-anak Malaysia supaya kesejahteraan negara dapat dikekalkan.

Kita hendaklah memiliki semangat cinta akan tanah air

Ahad, 17 April 2011

Sajak "Jangan"

Maksud

Rangkap 1 : Penyajak tidak mahu anaknya dibawa pergi kerana dia amat menyayangi anaknya yang merupakan permata hatinya.Anak itu bukan sahaja menjadi pengubat luka dan penghibur hatinya yang duka malahan turut menjadi satu-satunya pujaan hatinya.

Rangkap 2 : Penyajak berharap agar anaknya tidak dilarikan kerana dia tidak boleh berpisah dengan anaknya.Anaknya itu merupakan mata hatinya dan jika mereka terpisah, dia akan berasa sedih dan pilu.Walaupun cinta seorang ayah terhadap anaknya mungkin lebih daripada cinta seorang ibu terhadap anaknya, penyajak berharap agar hubungannya dengan anaknya tidak dipisahkan.

Rangkap 3 : Penyajak berharap agar anaknya tidak dibawa pergi.Dia akan mencari anaknya walau di mana sahaja anaknya dibawa pergi.


Tema

Kasih Sayang – Kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya sehingga tidak mahu berpisah dengan anaknya.

Persoalan

1. Kesan perpisahan – Perpisahan antara anak dengan ibu akan membawa kesan yang mendalam kepada seorang ibu.

2. Hubungan anak dengan ibu – Hubungan seorang ibu dengan anaknya begitu erat sehingga tidak boleh dipisahkan dengan sewenang-wenangnya.Bagi seorang ibu,anak ialah permata hati.

3. Kepentingan seorang anak – Bagi seorang ibu, kehadiran anak amat berharga dan tiada galang gantinya.

Nilai

1. Kasih sayang – Kasih sayang antara ibu dengan anak sehingga tidak rela berpisah dengan anaknya dan akan mencari anaknya jika anaknya itu dibawa pergi.

2. Pengorbanan – Pengorbanan seorang ibu terhadap anaknya.Ibu sanggup bersusah-payah jika terjadi sesuatu perkara terhadap anaknya.

Pengajaran

1. Kita tidak boleh memisahkan kasih sayang antara seorang ibu dengan anaknya kerana seorang ibu itu pasti akan bersedih sekiranya kehilangan anak yang disayanginya.Tindakan memisahkan seorang anak daripada ibunya juga merupakan tindakan yang tidak berperikemanusiaan .

2. Ibu bapa sangat menyayangi anak-anak dan mereka sanggup berkorban apa sahaja demi kebahagiaan anak-anak.

3. Setiap ahli keluarga perlu saling menyayangi untuk membentuk keluarga yang bahagia dan harmoni.

Sajak :Hari Akhir Persekolahan"

Maksud

Pada hari akhir persekolahan, dapat dilihat segelintir murid yang masih membaca buku kerana mereka mementingkan ilmu.Ada juga segelintir murid yang teringat akan pesanan guru manakala segelintir murid lagi berasa sedih kerana mereka akan berpisah dengan rakan-rakan serta guru-guru tidak lama lagi.Selain itu, ada juga segelintir murid yang berasa gembira akan peralihan zaman yang bakal dilalui oleh mereka,iaitu kebebasan, disamping mereka juga akan menempuh alam kedewasaan.


Tema

Jati diri murid untuk mencintai buku dan menghargai ilm.


Persoalan

1. Kepentingan ilmu – ilmu sangat penting dalam kehidupan.Pada hari akhir persekolahan, masih ada murid yang,membaca buku kerana menyedari kepentingan ilmu.

2. Pesanan guru-pesanan guru selalunya akan diingati oleh setiap murid.pesanan ini akan terus diingati oleh mereka selepas tamat alam persekolahan.

3. Kesedihan akibat perpisahan – murid-murid akan berasa sedih kerana terpaksa berpisah dengan rakan-rakan dan guru-guru di sekolah.

4. Alam kedewasaan – apabila berakhirnya persekolahan terutamanya bagi murid disekolah menengah,setiap murid mula melangkah kealam kedewasaan.


Nilai

1. Keprihatinan – prihatin akan pesanan guru sebelum meninggalkan alam persekolahan.

2. Kerajinan dan mencintai – rajin membaca buku walaupun pada hari akhir persekolahan lantaran menyedari pentingnya ilmu.


Pengajaran

1.kita hendaklah menghargai setiap nasihat dan pesanan yang diberikan oleh guru-guru sebelum meninggalkan alam persekolahan demi masa depan yang cemerlang.

2.setiap murid sekolah perlu rajin membaca buku untuk menambah ilmu pengetahuan.

3.kita perlu gigih dalam menimba ilmu demi mencapai kejayaan dalam kehidupan.

4.setiap pengalaman dan kenangan manis sepanjang alam persekolahan perlu dijadikan panduan untuk meniti kehidupan yang lebih mencabar pada masa depan