Rabu, 16 Februari 2011

Watak dan perwatakan

Watak ialah sesuatu objek atau pelaku,baik manusia mahupun makhluk lain seperti haiwan tumbuhan dan sebagainya.

Wataklah yang mengembangkan tema dan persoalan serta plot melalui aksi,tindakan,dialog dan konflik.

Perwatakan ialah ciri-ciri yang ditonjolkan melalui perlakuan watak.

Perwatakan boleh dijelaskan melalui ciri lahirlah seperti bentuk,paras rupa dan tingkah laku serta yang berupa jasmaniah yang berkaitan dengan perasaan sikap dan pemikiran.

Ahad, 13 Februari 2011

Pengertian Tema dan Persoalan

Tema ialah idea dasar atau persoalan pokok dalam sesebuah karya sastera.

Tema hanya ada satu sahaja.

Tema sesuatu karya sastera boleh jadi tidak dinyatakan secara jelas


Persoalan ialah perkara-perkara kecil dalam sesuatu karya yang ada hubungannya dengan tema.

Persoalan biasanya lebih daripada satu iaitu semakin panjang sesuatu karya semakin banyak persoalannya

Persoalan wujud untuk memperkukuh dan menghidupkan tema sesebuah karya.


Dihasilkan oleh Fatnin Izati Bt. Izam, Tingkatan 1D, SMK Tanjung Pauh

Pengertian Novel

Novel ialah kisah rekaan yang panjang dalam bentuk prosa.

Novel mengisahkan sama ada peristiwa yang benar-benar berlaku atau berbentuk imaginatif.

Novel berbeza daripada cerpen dari segi panjangnya dan penceritaannya tidak terbatas pada satu-satu watak.

Peristiwa dan latar dalam novel tidak terhad serta mengambil jangka waktu yang panjang.

Perjalanan cerita dalam novel lebih kompleks.


Dihasilkan oleh Fatnin Izati Bt. Mohd Izam (Tingkatan 1D,SMK Tanjung Pauh)

Selasa, 8 Februari 2011

Pengajaran Dalam Novel Hikmah

-kita hendaklah bersikap amanah dengan tugas yang telah dipertanggungjawabkan kepada kita

-kita mestilah reda dan tabah dengan ujian dan ketentuan Tuhan

-anak-anak hendaklah menyayangi dan menghormati ibu-bapa

-janganlah kita suka menyimpan dendam

-janganlah terlalu menurut perasaan kerana dapat mendatangkan kesan buruk

-kita haruslah berani menegakkan kebenaran

-kita mestilah berpendirian tegas

-kita janganlah suka memperdayakan orang lain

Rujukan: Bahasa Malaysia Tingkatan 1: Sasbadi Sdn. Bhd

Nilai Dalam Novel Hikmah

-Bertanggungjawab.Contohnya,ibu Amri menjalankan tanggungjawab seorang ibu dengan penyediaan makan tengah hari dan wang saku untuk persekolahan anaknya

-Berani.Contohnya,Sapura berani melaporkan tindakan Amri membuli murid-murid lain kepada guru disiplin

-Amanah.Contohnya,Sapura bersikap amanah dengan tugas yang telah diberikan kepadanya

-Baik Hati.Contohnya,Sapura dan keluarganya sanggup membantu Amri dan ibunya dengan membawa mereka ke hospital

-Simpati.Contohnya,Sapura bersimpati dengan nasib yang menimpa Amri dan ibunya

-Tabah.Contohnya,emak Amri tabah menghadapi sikap suaminya yang sering meminta wang dan memukulnya

-Kasih Sayang.Contohnya,kasih saying yang ditunjukkan oleh Amri apabila dia mengambilkan air untuk ibunya yang baru pulang dari kedai

-Tolong-menolong.Contohnya,keluarga Sapura membawa ibu Amri mendapatkan rawatan di hospital

-Berterima Kasih.Contohnya,Amri mengucapkan terima kasih kepada Sapura kerana menolongnya yang berada dalam kesusahan

Rujukan: Bahasa Malaysia Tingkatan 1: Sasbadi Sdn. Bhd