Selasa, 8 Mei 2012

Sajak 'Asap'

Tema: Keburukan dan kesengsaraan yang timbul akibat daripada menghidu asap atau menghisap rokok kepada manusia.

Huraian Mengikut Rangkap

Asap,
mengapakah
bisamu
memedihkan mataku
menangis - tanpa sebab?

Asap yang berkepul-kepul di udara boleh memedihkan mata seseorang bagaikan sedang menangis tanpa diketahui puncanya.

Asap,
mengapakah rongga-ronggamu
semakin lama semakin membesar
dan aku tenggelam lemas
tanpa airnya?

Asap yang makin banyak dibebaskan menyebabkan seseorang berasa lemas di kawasan daratan lapang, bukan lemas di dalam air.

Asap,
hanya satu jantungku ini
telah kaurampas
berjuta-juta yang lain
tua dan muda
tanpa belas.

Asap menyesakkan jantung manusia tidak kira usia, serta tidak mengenal mangsa.
 
Asap.
tidak dapat kurasai
dengan sentuhan
tetapi bahangmu cukup
memusnahkan segala
tanpa apinya    

Asap juga ialah bahan cemar yang tidak dapat disentuh. Namun, asap membawa kemusnahan walaupun api yang membebaskan asap tiada lagi.
 
Unsur-unsur bahasa
a) Personafikasi contohnya hanya satu jantungku ini, telah kaurampas
b) Inversi contohnya hanya satu jantungku ini
c) Sinkope contohnya  mu, kau, ku

Unsur-unsur Bunyi
a) Asonansi - semakin lama semakin membesar (pengulangan vokal a)
b) Aliterasi - hanya satu jantungku ini (pengulangan konsonan n)
c) Rima akhirnya bebas
Rangkap 1 - abccd
Rangkap 2 - abcde
Rangkap 3 - abcdec
Rangkap 4 - abcdee

Pengajaran
1. Jangan menghisap rokok kerana asap yang terhasil membahayakan kesihatan semua pihak
2. Kita perlu sedar maut boleh menimpa secara tiba-tiba kerana asap 
3. janganlah melakukan sesuatu yang merosakkan diri dan alam
 

Pantun Empat Kerat (Teka-Teki)


Rangkap
Maksud
1
Apakah binatang yang berkepaan lebih lebar daripada badan?
2
Apakah benda yang semakin diisi semakin ringan?
3
Apakah binatang yang berdarah hitam serta mempunyai 8 janggut dan satu tulang?
4
Apakah buah yang semasa kecil berwarna hijau dan setelah besar berwarna merah?
5
Jika tuan orang yang pandai, sebutkan nama binatang yang ada tanduk pada hidung.

Tema : Menguji kecerdasan minda, iaitu berfikir tentang alam sekeliling atau pengetahuan am
 
Persoalan
a) Manusia memerlukan latihan berfikir
b) Orang yang bijak dapat berfikir dengan pantas dan tepat.
c) Berfikir secara rasional dapat menyelesaikan masalah yang banyak.
 
Gaya Bahasa
a) Personafikasi - Kecil-kecil berbaju hijau
b) Repitasi (Pengulangan kata dalam baris) - burung nuri burung dara
c) Imej alam - tebu, betik, keladi, pucuk rebung
d) Responsi - Pengulangan kata berbaju dalam rangkap keempat, baris 3 dan baris 4

Unsur Bunyi
a) Aliterasi - Burung nuri burung dara (pengulangan konsonan r)
b) Asonansi - Belayar perahu dari Berandan (pengulangan vokal a)
 
 Nilai
a) Rasional – mampu membuat penaakulan untuk mencari jawapan yang tepat.
b) Kebersihan mental – pemikiran yang sihat dan membina.
c) Keberanian– berani mempertahankan jawapan yang diyakini benar.

Pengajaran
a) Kita hendaklah berfikir secara matang supaya dapat menyelesaikan masalah.
b) Kita hendaklah berdikir secara rasional dan logi supaya pendapat kita dapat diterima oleh masyarakat
c) Alam sekeliling banyak mebantu manusia berfikir.
 
        

Pantun Empat Kerat (Berjimat Cermat)


Rangkap
Maksud
1
Berbelanja secara berhemah seolah-olah mendapat rezeki yang melimpah-ruah.
2
Berjimat cermat merupakan amalan yang tepuji manakala membazir pula merupakan perbuatan yang keji.
3
Orang yang berjimat cermat pasti akan hidup senang.
4
Orang yang boros akan menanggung hutang yang banyak.
5
Berjimat cermat merupakan tuntutan agama. Oleh itu, orang yang berjimat cermat pasti akan hidup bahagia.
6
Memiliki harta yang sedikit tetapi berjimat cermat adalah lebih baik daripada memiliki harta banyak tetapi boros.
7
Orang yang membuat perancangan  sebelum melakukan sesuatu pekerjaan pastu tidak akan menanggung kerugian.


Tema : Faedah berjimat cermat
 
Persoalan
a) Syaitan sentiasa menggoda manusia supaya membuat pembaziran. 
b) Orang yang berjimat cermat akan hidup senang pada kemudian hari.
c) Orang yang hidup sederhana tetapi berjimat cermat adalah lebih baik daripada orang 
 yang kaya tetapi boros.

Nilai
a) Rasional – mampu berfikir untuk membezakan perkara yang baik dengan perkara yang buruk                seperti berbelanja secara berhemah.
b) Kebersihan mental – fikiran yang sihat dan membina.
c) Kesederhanaan– tidak keterlaluan ketika membeli belah.

Pengajaran
a) Kita hendaklah berjimat cermat kerana perbuatan membazir itu dilarang oleh Tuhan. 
b) Kita tidak boleh bersikap boros untuk mengelakkan diri daripada menanggung hutang
c) Setiap perkara yang hendak dilakukan mestilah dirancang terlebih dahulu

Pantun Empat Kerat (Agama)

Rangkap
Maksud
1
Sia-sia sahaja kita menuntut ilmu jika kita tidak menunaikan sembahyang.
2
Orang yang tidak menunaikan sembahyang pasti menyesal pada kemudian hari.
3
Sia-sia sahaja kita berilmu jika tidak mahu mempraktikkan ilmu kita itu.
4
Tuhan Yang Maha Esa sangat berkuasa, pemurah serta menyayangi hamba-Nya.
5
Kita tidak boleh berbuat kejahatan kerana balasan Tuhan adalah sangat dahsyat.
6
Manusia perlu bertaubat sekiranya melakukan kesalahan supaya mendapat balasan yang baik pada hari akhirat nanti.

Tema : Tanggungjawab manusia kepada Tuhan

Persoalan
a) Semua perbuatan dan tindakan mausia di dunia akan mendapat balasan pada hari akhira
b) Balasan bagi orang yang baik ialah syurga manakala balasan bagi orang yang jahat ialah neraka
c) Pintu taubat sentiasa terbuka kepada orang yang telah insaf.

Nilai
a) Semangat bermasyarakat – saling menasihati secara ikhlas untuk kebaikan bersama contohnya memberikan nasihat kepada orang yang tidak menunaikan sembahyang.
b) Rasional – mampu berfikir dengan mengambil kira baik dan buruknya sesuatu perbuatan.         
c) Berhemah Tinggi– mengakui kesalahan diri dan memohon ampun daripada Tuhan Yang Maha Esa.

Gaya Bahasa:  
a) Imej alam - semak, pohon, bulan, asam gelugur
b. Simile - bagai pohon tidak berbuah
c. Repitasi - (Pengulangan kata dalam baris) -contohnya Banyak bulan antara bulan
d. Perlambangan - contohnya syurga dan negara (syurga melambangkan kebaikan dan neraka melambangkan kejahatan)
Pengajaran
a) Kita hendaklah menuntut ilmu supaya fahan tentang dosa dan pahal
b) Kita hendaklah mempraktikkan ilmu pengetahuan yang telah dipelajari supaya hidup kita tidak sia-sia
c) Semasa hidup, kita hendaklah sentiasa melaksanakan suruhan Tuhan