Khamis, 26 Januari 2012

Pengertian Latar

1. Latar ialah keterangan mengenai waktu, ruang dan suasana terjadinya sesuatu peristiwa.

2. Dalam drama, latar ialah gambaran yang tersedia di belakang prop.

3. Latar berperanan untuk mengembangkan watak dan perwatakan, di samping mengembangkan tema, persoalan dan plot.

4. Latar terbahagi kepada tiga, iaitu:

a. Latar tempat - tempat berlakunya sesuatu peristiwa dalam cerita

b. Latar masa - tempoh berlakunya sesuatu peristiwa yang digambarkan dalam cerita

c. Latar masyarakat - keadaan masyarakat di tempat cerita berlaku. Gambaran ini termasuklah agama, kepercayaan dan pekerjaan masyarakat di situ.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan