Sipnosis
Cerita
 ini mengisahkan kehebatan dan keistimewaan Inderaputera yang dikatakan 
gagah perkasa kerana dia pernah berjalan di dalam gua selama sebulan dan
 berjaya membunuh gergasi bernama Mamdu yang sebelum itu tidak dapat 
dibunuh oleh Raja Talela  Syah.
    Ayahanda
 Inderaputera bernama Raja Bikrama Puspa dan bondanya bernama Tuan 
Puteri Jamjam Ratna Dewi. Setelah Inderaputera dilahirkan, Raja Bikrama 
menjemput ahli nujum ke istana untuk menilik masa depan anakandanya. 
Menurut tilikan nujum, Inderaputera akan memerintah kerajaan yang besar 
tetapi dilarang bermain dengan binatang kerana dibimbangi akan terjadi 
sesuatu yang buruk. Apabila besar, Inderaputera dihantar mengaji selama 
tujuh tahun kepada seorang mualim bernama Bersapian.
 
       Pada suatu ketika Raja Bikrama Buspa menerima kehadiran dua orang
 utusan ufti yang terdiri daripada tukang emas dan tukang kayu yang 
mahir lagi hebat.  Si tukang kayu mengukirkan seekor ikan yang indah 
seperti ikan hidup dan ikan itu boleh ketawa, berpantun dan berseloka 
apabila diletakkan di dalam air. Tukang emas pula membuat gambar merak 
daripada emas.  Raja Bikrama Buspa meletakkan merak itu di dalam dulang 
emas dan perak lalu merak itu menggerak-gerakkan ekornya dan boleh 
berpantun serta berseloka. Inderaputera yang masih kanak-kanak tertarik 
dengan merak emas itu lalu turun daripada riba ayahnya. Dengan tidak 
disangka-sangka merak itu menyambar Inderaputera lalu menerbangkannya.  
Ayahanda dan bondanya sangat berduka cita.
 
        Inderaputera yang diterbangkan telah dijatuhkan oleh merak emas 
di sebuah negeri dalam sebuah kebun Nenek Kebayan.  Nenek Kebayan yang 
pulang daripada berjual bunga menjumpai Inderaputera di dalam kebunnya. 
Inderaputera menceritakan kisahnya kepada Nenek Kebayan.  Nenek Kebayan 
yang tiada cucu memelihara Inderaputera seperti cucunya sendiri dengan 
penuh kasih sayang. Sepanjang itu, rezeki nenek kebayan bertambah murah.
 Suatu hari, Nenek Kebayan membawa Inderaputera berjumpa dengan Perdana 
Menteri. Perdana Menteri tertarik dengan budi bahasa Inderaputera yang 
begitu elok sekali. Lalu Perdana Menteri meminta kepada Nenek Kebayan 
untuk menjadikan Inderaputera anak angkatnya hanya pada sebelah siang. 
Nenek Kebayan akhirnya bersetuju walaupun berat hati. Akhirnya 
Inderaputera membesar di bawah jagaan Nenek Kebayan dan Perdana Menteri.
Tema
Cerita
 ini bertemakan tentang kehebatan dan keluarbiasaan yang dimiliki oleh 
seseorang. Dalam hal ini, keistimewaan itu dimiliki oleh Inderaputra.
Persoalan
1. Persoalan
 kasih sayang ibu bapa terhadap anak-anak. Raja Bikrama Puspa tidak mahu
 berenggang dengan Inderaputera dan berasa dukacita setelah Inderaputera
 dilarikan merak emas.
2. Persoalan
 keutamaan menurut arahan. Negeri-negeri di bawah jajahan Raja Bikram 
Puspa mengikut arahan membayar ufti kepada baginda.
3. Persoalan
 kelebihan yang diperoleh apabila memelihara anak yatim. Bunga-bunga di 
kebun Nenek Kebayan kembang mekar dan hasil jualannya meningkat setelah 
Nenek Kebayan memelihara Inderaputera sebagai cucu angkat.
Watak Utama
Inderaputera
·        Berwajah menarik.
·        Ayahandanya bernama Maharaja Bikrama Buspa 
·        Bondanya bernama Puteri Jamjam Ratna Dewi.
·      Seorang yang memiliki kesaktian seperti boleh membunuh gergasi yang tidak mampu dibunuh oleh orang lain.
·      Pandai membaca Al-quran .
·     Seorang yang merendah diri contohnya, dia hanya makan hidangan setelah Perdana Menteri makan.
Watak Sampingan 
Nenek Kebayan
·   Penyayang contohnya nenek Kebayan.sanggup mengambil Inderaputera sebagai cucu angkat.
·                     Seorang yang perihatin terhadap kesusahan orang lain. 
Perdana Menteri
·                     Seorang yang bersimpati terhadap nasib orang lain.
·     Mengambil Inderaputera sebagai anak angkat untuk waktu sebelah siang sahaja.
Latar
Latar Masa
· 14 haribulan.
Hari lnderaputera dilahirkan.
 ·     Tujuh tahun: TempohInderaputera dibesarkan sehinggalah dia dilarikan oleh burung merak emas.
Latar Tempat
·               Negeri Semanta Puri.
Negeri ini merupakan negeri tempat memerintahnya Raja Bikrama Buspa.
·               Di dalam istana Raja Bikrama Buspa.
Di sini berlaku peristiwa Inderaputera dilarikan oleh burung merak emas.
·               Di dalam kebun Nenek Kebayan. 
Di tempat ini Inderaputera dijatuhkan oleh burung merak emas yang telah menyambarnya.
Di rumah Perdana Menteri.
Di sini Perdana Menteri menjamu Inderaputera makan.
Latar Masyarakat
·               Latar masyarakat yang perihatin terhadap orang lain. 
Nenek Kebayan sanggup mengambil Inderaputera sebagai cucu angkat setelah dia dijatuhkan oleh burung merak emas.
·         Latar masyarakat yang mudah lupa akan kesukaran yang pernah berlaku.
·               Latar masyarakat yang sayangkan kanak-kanak.
·           Latar masyarakatnya juga memiliki kesaktian dan keistimewaan yang luar biasa.
Inderaputera
 yang memiliki kesaktian yang boleh mengalahkan gergasi bernama Mamdu 
yang tidak dapat dikalahkan oleh Raja Talelah Syah.
Gaya Bahasa
1.      Kata ganda
Tiap-tiap, laki-laki, kaya-kaya, hina-dina, gilang-gemilang
2.      Inversi
Tuan puteri pun beranaklah seorang lelaki terlalu sekali elok paras rupanya
3.      Simile 
Terlalu sekali elok paras rupanya seperti matahari baharu terbit gilang-gemilang
4.      Bahasa istana
Baginda, santap, semayam
5.      Bahasa Arab
Al-Quran
Nilai
1.      Nilai kebijaksanaan.
Kebijaksanaan
 ketara ditonjolkan pada watak Inderaputera yang berjaya menewaskan 
gergasi bernama Mamdu dengan menggunakan kebijaksanaan.
2.      Nilai kasih sayang.
Hal ini ditunjukkan oleh Maharaja Bikrama Buspa yang begitu sayangkan anakandanya Inderaputera. 
3.      Nilai pemurah.
Maharaja Bikrama Buspa menganugerahkan sepersalinan kepada setiap ahli nujum yang datang menilik nasib anaknya.
4.      Nilai berbudi bahasa.
Inderaputera sungguh berbudi bahasa kepada Nenek Kebayan yang menjumpainya dan membelanya.
5.      Nilai kejujuran
Inderaputera berlaku jujur  dengan menerangkan asal usulnya dan bagaimana dia boleh berada dalam kebun Nenek Kebayan.
Pengajaran
1.    Kita
 hendaklah selalu berhati-hati dan berwaspada terhadap ancaman yang 
tidak dijangka-jangka. Jika tidak berwaspada ada kemungkinan perkara 
buruk akan berlaku. Sikap Maharaja Bikrama Buspa yang lalai terhadap 
burung merak  emas telah mengakibatkan anakandanya dilarikan oleh burung
 berkenaan.
2.   Kita
 hendaklah memberikan pendidikan agama kepada anak-anak. Sebagai contoh,
 Maharaja Bikrama Buspa mencarikan seorang guru agama untuk anakandanya 
belajar mengaji selama tujuh tahun.
3.  Kita
 mestilah menghargai jasa orang kepada kita.  Maharaja Bikrama Buspa 
menghargai jasa para nujum dengan mengurniakan persalinan setelah 
menilik nasib Inderaputera.
 
this really help me with my work... a lot!!^V^
BalasPadamthank you~~~
okay cuma tiada plot
BalasPadamsemuanya ok cuma tiada plot
Padamsalam terima kasih atas sinopsis itu.dan saya ingin tahu adakah hikayat ini mempunya cerita penuh.terimakasih
BalasPadam#noor i love u
BalasPadamthanks for making this, it helps me alot and its easier to do work and memorise stuff 💜 u
BalasPadamTerima kasih ! sgt membantu saya xD
BalasPadamThis really help for me.....to revise for exam
BalasPadamTq eh, saya buat catatan sedikit dari sini
BalasPadam