Iman Zulaikha merupakan seorang pelajar tingkatan satu. Setelah bapa
dan ibunya bercerai, Iman berpindah dan tinggal bersama-sama datuk dan
neneknya di kampung. Iman menyimpan cita-cita yang tinggi agar dia
dapat menyatukan semula ibu dan bapanya. Iman dan Pei Wen merupakan
pasangan sahabat yang rapat sama ada di sekolah atau di rumah.
Kedua-duanya sering mencurah rasa dan sama-sama berbincang bagi
menyelesaikan sebarang masalah yang dihadapi. Setiap hari apabila sampai
di rumah, Iman akan membaca dan menghantar e-mail kepada ibunya yang
berada di New Zealand.
Di sekolah, Iman merupakan seorang pelajar yang cemerlang dan sering
dikagumi oleh pelajar-pelajar yang lain. Namun, Linda sering
menimbulkan masalah dan tidak mahu berbaik-baik dengan Iman. Kehadiran
pelajar baharu, iaitu Adif Danial ke sekolah mereka menambah lagi rakan
Iman termasuk Zulkarnain. Pernah pada suatu ketika Linda menolak Iman
sehingga terjatuh dari tangga gara-gara Iman tidak mahu menarik diri
daripada pertandingan pidato yang mereka sertai. Berkat kegigihan dan
ketabahannya berlatih, Iman berjaya menjadi juara dan bakal mewakili
sekolahnya dalam pertandingan pidato peringkat daerah.
Kehadiran ayahnya secara tiba-tiba pada suatu hari mengganggu
ketenangan Iman. Ayahnya memberitahu bahawa dia ingin berkahwin dengan
Puan Sofia, ibu Adif Danial. Ketika berjumpa Yusri di sekolah, Adif
Danial terkejut dan menyedari bahawa Yusri ialah bapa Iman. Hal ini
menyebabkan Adif Danial memberontak dan menjauhkan diri daripada Iman,
Pei Wen dan Zulkarnain tetapi merapatkan diri dengan Linda.
Oleh sebab kedua-dua anak mereka tidak bersetuju, Yusri dan Puan Sofia
tidak jadi berkahwin. Iman kembali mesra dengan ayahnya. Iman menjadi
juara pidato di peringkat daerah. Pertandingan ini turut disaksikan
oleh ayahnya. Kejahatan Linda terbukti apabila dia ditangkap kerana
mencuri diari dan teks pidato Linda. Namun, Iman memaafkan Linda.
Berita gembira disampaikan oleh ayah Iman. Ayahnya mengajak Iman,
datuk dan neneknya pergi ke New Zealand untuk bertemu dengan ibunya. Hal
ini amat menggembirakan Iman.
em...bleh x buat sinopsis yg mengumpulkan semua bab sekali gus secara ringkas?sebab saye perlu membuat sinopsis secara ringkas semua bab tersebut.sekian.terima kasih
BalasPadamboleh x ringkaskan sedikit sinopsis tersebut?
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadam